Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 33 juta rakyat Nigeria hadapi kebuluran 2025

    ABUJA, 10 NOV – Lebih 33 juta rakyat Nigeria menghadapi kebuluran tahun depan, jumlah itu meningkat dengan mendadak apabila harga makanan yang melambung memburukkan lagi kesan konflik dan perubahan iklim, menurut laporan Jumaat lalu.

    Laporan Cadre Harmonise – disusun oleh pegawai Nigeria, agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bantuan utama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – melaporkan dua kali setahun mengenai situasi pemakanan di 26 buah negeri yang dilanda krisis di utara dan tengah Nigeria.

    Menurut angka terkini 25.1 juta warga Nigeria telah mengalami kekurangan makanan walaupun berada pada kemuncak musim menuai tahun ini, berikutan banjir dan kenaikan harga yang mendadak.

    Angka itu boleh meningkat kepada 33.1 juta tahun depan kerana nilai naira Nigeria, yang merudum telah menyebabkan harga import makanan melambung tinggi di samping penamatan subsidi bahan api menjadikan penghantaran dan pengedaran menjadi mahal. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda