Lebih 330 orang jalani pengasingan diri mandatori

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 331 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 3,037 lagi telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Pengemaskinian statistik tersebut telah dikongsikan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini.

Kenyataan turut mengongsikan bahawa tiada kes jangkitan COVID-19 baharu dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat jam 12 tengah hari, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 471 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 32,028 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.