Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lebih 330 terbunuh sejak serangan IS

    HASAKEH, SYRIA, 30 JAN – Lebih 330 orang terbunuh dalam pertempuran sejak kumpulan militan IS pertama kali menyerang sebuah penjara di timur laut Syria, kata pemantau perang hari ini.

    Pejuang IS pada 20 Januari melancarkan serangan terbesar mereka dalam beberapa tahun ke atas penjara Ghwayran di bandar Hasakeh yang dikawal Kurdish, bertujuan untuk membebaskan rakan militan dan berpuluh-puluh masih bersembunyi di dalam hari ini.

    Angka kematian dalam pertempuran sengit sejak itu meningkat kepada 332 apabila Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) menemui lebih 50 lagi mayat semalaman di bangunan penjara dan kawasan berdekatan, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

    Kumpulan yang berpangkalan di Britain itu, yang bergantung kepada rangkaian sumber di dalam Syria, berkata bahawa 246 pejuang, 79 pejuang Kurdish dan tujuh orang awam telah terbunuh setakat ini dalam serangan dan pertempuran IS sejak itu.

    “Mayat yang baru ditemui berada di dalam dan di luar penjara,” Rami Abdel Rahman, yang mengetuai pemantauan, memberitahu AFP.

    Beliau berkata jumlah kematian mungkin akan meningkat lagi “kerana terdapat berpuluh-puluh orang yang cedera, yang lain masih hilang dan maklumat tentang lebih banyak korban” di kedua-dua pihak.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...