Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 34 tan kayu balak haram dirampas

    YANGON, 12 OKT – Pihak berkuasa Myanmar baru-baru ini merampas 34 tan kayu balak haram di wilayah Bago dalam tempoh seminggu, menurut kenyataan Jabatan Hutan Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar hari ini.

    Xinhua melaporkan rampasan itu dilakukan dari 5 hingga 11 Oktober di kawasan pergunungan Bago Yoma, membabitkan kayu jati, kayu keras dan beberapa jenis yang lain, kata kenyataaan tersebut. Pembalakan haram sering berlaku di pergunungan Bago Yoma walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan melarang semua aktiviti berkenaan untuk tempoh 10 tahun bermula dari tahun fiskal 2016-2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda