Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Lebih 40 ahli profesional sertai Simposium HR

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Lebih 40 orang ahli profesional tenaga manusia (HR) dari agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta telah menyertai Simposium HR bertemakan Unleashing Potential, Transforming the Future anjuran Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF), dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), yang berlangsung secara dalam talian, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat yang menyatakan, simposium berkenaan berobjektif sebagai platform untuk meneroka pendekatan baharu dan amalan terbaik dalam pembangunan bakat bagi memastikan kesiapsiagaan organisasi-organisasi dalam menghadapi sebarang perubahan, teknologi dan permintaan pada masa akan datang.

    Sementara itu, ucaptama bertajuk Post Pandemic Lessons for Unleashing Potential telah disampaikan oleh Pro Canselor, Universiti Cyberjaya (UOC), Malaysia, Tan Sri Dato Dr R Palan.

    Acara tersebut diteruskan lagi dengan pembentangan khas oleh Dr Fermin Diez dari Fakulti bagi Tenaga Manusia, National Universiti of Singapore (NUS); dan Ketua Tenaga Manusia dan Master Trainer, Society for Human Resource Management (SHRM), Derek Tan.

    Antara topik yang dibincangkan dalam simposium tersebut ialah Unleashing Potentials, Transforming the Future: Strategies and Executions; Fact or Fallacy: Great EX Leads to Better CX; dan Leveraging on Multigenerational Workforce.

    Hajah Sufinah semasa hadir pada simposium tersebut yang diadakan secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...