Lebih 40 juta sudah divaksin di Perancis

PARIS, 26 JULAI – Jumlah penduduk di Perancis yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 telah melepasi 40 juta, kata Presiden Emmanuel Macron hari ini.

Selepas empat juta penduduk menerima vaksin dalam tempoh dua minggu lalu, kira-kira 60 peratus daripada populasi kini sudah menerima suntikan dos vaksin sebahagian atau sepenuhnya, kata Macron di Twitter selepas lawatan rasmi ke French Polynesia.

“Bersama, kami mampu menewaskan virus. Kami akan meneruskan usaha,” kata beliau.

Kementerian kesihatan menambah hari ini bahawa kira-kira 33.2 juta penduduk di Perancis, hampir 50 peratus daripada populasi, kini sudah menerima dos lengkap.

Pengumuman itu keluar sehari selepas parlimen Perancis mengundi akan menjadikan pasport vaksin kunci kehidupan harian dalam kempen memerangi COVID-19.

Macron pada minggu lalu mengarahkan pas kesihatan – bukti vaksinasi lengkap atau ujian negatif – wajib untuk kunjungan ke tempat seperti pawagam atau kelab malam. – AFP