Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih 40 maut dibadai ribut

    COTABATO, FILIPINA, 28 OKT – Tanah runtuh dan banjir telah mengorbankan kira-kira 42 orang ketika hujan lebat akibat ribut membadai selatan Filipina, kata seorang pegawai bencana hari ini.

    Ribut yang menyebabkan banjir kilat telah mencetuskan lumpur dan batu serta menumbangkan pokok di sembilan bandar kebanyakannya kampung-kampung sekitar Cotabato, sebuah bandar yang didiami 300,000 penduduk di pulau Mindanao.

    Kebanyakan penduduk terkejut apabila air banjir tiba-tiba naik dengan cepat sebelum subuh, kata jurucakap dan ketua pertahanan awam bagi kerajaan wilayah, Naguib Sinarimbo, memberitahu AFP.

    Sinarimbo berkata 27 maut di pekan Datu Odin Sinsuat, termasuk 11 dari perkampungan pergunungan yang tertimbus lumpur, manakala 10 maut di pekan Datu Blah Sinsuat dan lima maut di pekan Upi.

    Pasukan yang menaiki bot getah telah menyelamatkan penduduk dari bumbung di beberapa bandar, kata Sinarimbo, sambil menambah 16 mangsa lagi hilang di wilayah tersebut.

    Anggota penyelamat memindahkan orang ramai dari kawasan banjir akibat hujan lebat yang dibawa oleh Ribut Tropika Nalgae di Parang, Maguindanao, Filipina. – AFP

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banjir kilat membawa lumpur dan tanah dari lereng gunung yang banyak ditebang telah menjadi antara ancaman paling maut yang ditimbulkan oleh taufan ke atas masyarakat Filipina.

    Mindanao jarang dibadai oleh 20 atau lebih taufan yang melanda Filipina setiap tahun dan membunuh ratusan orang.

    Tetapi bencana-bencana tersebut memang lebih maut daripada yang melanda Luzon, pulau utama.

    Pembuat filem tempatan Remar Pablo memberitahu AFP, dia sedang menjalani penggambaran pertandingan ratu cantik di Upi apabila air banjir tiba-tiba muncul selepas tengah malam dan memaksa pengunjung menyelamatkan diri.

    Berdasarkan klip yang ditunjukkannya, sederet kereta telah tenggelam separuh di tepi jalan.

    “Kami terkandas di dalam,” kata Pablo, yang akhirnya meredah banjir untuk pulang ke rumah. Pasukan penyelamat membawa seorang anak damit di dalam tab plastik ketika mereka meredah banjir separas dada, menurut gambar yang disiarkan oleh polis wilayah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...