Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Lebih 400 botol minuman keras dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun telah ditahan kerana didapati membawa masuk barang tegahan hasil daripada Operasi Rondaan Task Force COVID-19 di kawasan kebun Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara.

    Operasi menerusi usaha kerjasama di antara Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu telah menemukan beberapa bungkusan plastik berwarna hitam.

    Bungkusan itu dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi siasatan dan hasil pemeriksaan telah mengesahkan 452 botol minuman keras pelbagai jenama.

    Suspek kemudiannya dibawa ke Pusat Kuarantin Perkampungan Sukan Berakas bagi menjalani kuarantin selama dua minggu dan barang rampasan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    PPDB memohon kerjasama orang ramai bagi membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah penyeludupan serta mengongsikan apa jua maklumat berkaitan aktiviti yang melanggar peruntukan perundangan melalui talian-talian kecemasan pihak penguat kuasa undang-undang di negara ini. 

    Antara minuman keras yang dirampas semasa Operasi Rondaan Task Force COVID-19 di kawasan kebun Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -