Lebih 400 minuman keras dirampas

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Sejumlah 480 tin minuman keras berjaya dirampas oleh anggota Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa pemeriksaan yang dijalankan di kawasan Kampung Ujong Jalan, Puni Daerah Temburong.

Maklumat tersebut adalah hasil daripada perkongsian orang ramai untuk pihak polis melakukan pemeriksaan.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan itu, pihak polis telah menemukan barangan tegahan yang telah diletakkan di salah satu sudut kawasan dalam rumah yang kosong dan tidak lagi berpenghuni.

Kesemua barang tegahan tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bangar dan kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan selanjutnya.

Sehubungan itu, PPDB menyeru orang ramai supaya menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah kepada

PPDB melalui talian 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Minuman keras yang dirampas semasa pemeriksaan di kawasan Kampung Ujong Jalan. – Gambar serahan PPDB