Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 4,000 judul buku diharamkan

    BANDARAYA KUWAIT, 24 Sept – Akhbar Kuwait pernah memuji Gabriel Garcia Marquez sebagai sasterawan ulung, malangnya selepas kematian penulis kelahiran Colombia itu, seluruh karya penulis lain diharamkan sebaik saja penapisan undang-undang diperkenalkan di negara Asia Barat.

    Menurut laporan media tempatan, lebih 4,000 buku disenarai hitam oleh kementerian penerangan Kuwait dalam tempoh lima tahun kebelakangan, termasuk karya Marques, ‘One Hundred years of Solitude’ dan Victor Hugo ‘The Hunchback of Notre Dame’.

    Susulan tindakan itu, menyebabkan puluhan penulisan dan aktivis mengadakan tunjuk perasaan sejak 1 September dan dua minggu kemudian sebagai bantahan menjelang pameran buku tahunan Kuwait, pertengahan November tahun ini.

    Lebih menyedihkan, apabila hasil tulisan novelis Kuwait, Mays al-Othman turut disenaraihitamkan, susulan novelnya yang diterbitkan pada 2015, ‘The Wart’ yang mengisahkan seorang wanita yang dirogol ketika pendudukan Iraq pada 1990-1991.

    Gambar fail pada 17 September 2018 menunjukkan seorang jurujual menyusunkan buku di sebuah kedai buku di Bandaraya Kuwait. Kementerian penerangan Kuwait telah menyenaraihitamkan lebih 4,000 buku dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. – AFP

    “Tindakan mengharamkan buku melambangkan kejahilan dan kekejaman, malangnya ia terus berlaku,” kata Mays.

    Semua judul buku yang menyertai pameran buku antarabangsa bakal disaring oleh jawatankuasa penapisan.

    Jawatankuasa itu bertindak di bawah undang-undang 2006 berhubung akhbar dan penerbitan yang menggariskan beberapa kesalahan yang boleh dihukum kerana menerbitkan kedua-dua hasil karya kesusasteraan dan kewartawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda