Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 Rohingya kembali

    YANGON, 28 Mei – Myanmar berkata berpuluh-puluh Muslim Rohingya, yang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh, telah kembali secara sukarela dan akan dihantar ke pusat transit penempatan semula.

    Hampir 700,000 Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar selepas satu keganasan tentera bermula Ogos tahun lepas di negeri barat Rakhine, satu proses yang dianggap Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

    Myanmar berkata bahawa ia bersedia untuk menerima mereka semula dan bertukar-tukar tuduhan dengan Bangladesh mengenai siapa yang bertanggungjawab atas kelambatan dalam pelaksanaan penghantaran balik itu.

    Minoriti yang sudah lama dianiaya itu keberatan untuk kembali tanpa adanya jaminan asas hak asasi kemanusiaan dan perlindungan, termasuk hak untuk kembali ke kampung-kampung mereka sebelum ini, bukannya ke kem-kem transit.

    Gambar fail pada 7 September 2016 menunjukkan seorang anggota polis membuat kawalan di sebuah perkampungan minoriti Rohingya. Seramai 58 orang Rohingya telah menyeberang kembali ke Myanmar selepas mereka merasakan tidak lagi sanggup tinggal di kem pelarian Bangladesh, menurut pihak berkuasa Myanmar. – AFP

    Seramai 58 orang Rohingya telah menyeberang kembali ke Myanmar selepas mereka merasakan tidak lagi sanggup tinggal di kem pelarian Bangladesh, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media negeri itu hari ini.

    Mereka ditahan atas kegagalan mengikuti prosedur penghantaran balik yang betul sehingga satu keputusan untuk ‘membolehkan’ mereka dan membenarkan mereka kembali ke Myanmar, menurut kenyataan itu, dengan menambah bahawa mereka buat sementara waktu akan ditempatkan di kem pemindahan.

    Mereka telah memasuki Myanmar dalam peringkat yang berbeza dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini, menurut jurucakap pejabat Suu Kyi, Zaw Htay. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda