Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lebih 500 cedera dalam gempa Iran

    TEHRAN, 5 OKT – Gempa bumi dengan magnitud 5.4 di barat laut Iran mencederakan lebih 500 orang pada awal hari ini, kebanyakan mereka mengalami kecederaan ringan, lapor media negeri.

    “Gempa yang melanda pada kedalaman 10 kilometer di wilayah Azerbaijan Barat telah mencederakan 528 orang, 135 di antara mereka telah dibawa ke hospital,” beritahu gabenor rantau Mohammad Sadegh Motamedian kepada televisyen negeri.

    Gempa bumi dan gegaran susulan ‘merosakkan 500 buah rumah, 50 di antaranya musnah sepenuhnya, di 15 kampung yang terjejas,” tambah beliau.

    Televisyen negeri menyiarkan gambar kedai-kedai dan rumah yang musnah dalam gempa yang berlaku pada 3:30 pagi.

    Jurucakap perkhidmatan kecemasan Mojtaba Khaledi memberitahu televisyen bahawa ‘bekalan elektrik dan air telah terputus di beberapa kampung’berdekatan bandar Salmas dan Khoy, yang terletak berhampiran dengan pusat gempa.

    Iran terletak di kawasan beberapa plat tektonik utama dan sering mengalami aktiviti seismik.

    Gempa bumi paling teruk di Iran adalah gegaran dengan magnitud 7.4 pada 1990 yang membunuh 40,000 orang, mencederakan 30,000 dan menyebabkan setengah juta penduduk kehilangan rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...