Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lebih 500 pasangan S’pura kahwin pada tarikh bertuah

    SINGAPURA, 22 FEB – Peminat Super Mario, Delane Lim dan Gwen Chan hari ini mengikat tali perkahwinan dalam majlis bertemakan Mario, menyertai ramai pasangan lain yang menamatkan zaman bujang mereka pada hari yang sama.

    Lebih 500 pasangan mengikat tali perkahwinan pada tarikh dianggap bertuah 22.2.22, menurut Menteri Negara bagi Pendidikan, Sosial dan Kemajuan Keluarga, Sun Xueling dalam pos Facebooknya kelmarin.

    Tarikh 22 Februari 2022 (22.2.22) merupakan tarikh bertuah yang datang sekali dalam seumur hidup: tarikh palindromik yang dibaca sama, sama ada dari depan atau belakang.

    Selain menandakan ‘twosome’ ia juga dianggap oleh ramai oleh etnik Cina sebagai tarikh bertuah untuk kejayaan, memandangkan ia mengandungi semua nombor genap.

    Lim mengatakan 22.2.22 merupakan sesuatu yang amat istimewa memandangkan ia juga adalah hari Selasa dan hari ke-22 dalam kalendar. Dia mengatakan mahu perkahwinannya diadakan pada jam 2 petang, tetapi terpaksa beralih ke jam 6 petang, memandangkan jadual pendaftar perkahwinan yang sibuk.

    Pandemik COVID-19 telah menangguhkan perkahwinan mereka daripada tahun lalu dua kali.

    Namun pasangan itu akhirnya memutuskan berkahwin hari ini. – ANN/Straits Times.

    Pasangan baru berkahwin bergambar di hadapan Fort Canning Park, selepas mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pendaftar berhampiran di Singapura. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...