Lebih 5,000 kematian virus di Indonesia

JAKARTA, 6 OGOS – Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 118,753 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 91,219 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 69 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,521 orang. – Bernama