Lebih 50,000 ujian saringan SARS-CoV-2 sejak Januari

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Tiada kes baharu COVID-19 di negara ini setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan jumlah jangkitan 144 orang, manakala dua kes masih aktif.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, sejumlah 455 orang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan 4,988 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 284 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 51,741 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.