Lebih 5,300 ekar kawasan musnah terbakar

MOSCOW, 7 SEPT – Kira-kira 5,350 ekar kawasan lembah di daerah San Diego, California terbakar sekaligus memusnahkan kebanyakan struktur dan mengancam penduduk setempat, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).

Menurut Cal Fire, hanya satu peratus sahaja kawasan kebakaran berjaya dikawal.

Keadaan itu mengancam kawasan lembah termasuk Carveacre, Lawson, Wood,  Lyons, Deer Horn dan Sycuan Indian Reservation,” tulis Cal Fire di Twitter kelmarin.

Terdahulu, Cal Fire melaporkan seluas 4,000 ekar kawasan tebakar dan sekurang-kurangnya 10 banguan musnah, lapor agensi berita Sputnik.

Cal Fire berkata pasukan bomba ‘berusaha melawan suhu panas yang melampau, kelembapan rendah dan tiupan angin.’

Menurut maklumat terkini Cal Fire kelmarin, hampir 14,800 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan 23 kebakaran besar di California dengan lebih 10,500 orang dipindahkan. – Bernama