Lebih 60 khemah Rohingya terbakar

DHAKA, 21 JULAI – Lebih 60 khemah sementara pelarian Rohingya di sebuah kem daerah Cox’s Bazar selatan Bangladesh musnah dalam satu kebakaran kelmarin.

“Kami dapati kebakaran berpunca daripada sebuah silinder gas memasak di sebuah khemah Rohingya dan api merebak ke tempat perlindungan berdekatan,” kata Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Bangladesh, Shah Rezwan Hayat kepada agensi Anadolu.

Hayat mengesahkan lebih 20 khemah Rohingya rosak dalam kebakaran itu dan seorang pelarian cedera ringan dan dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, akhbar tempatan Prothom Alo melaporkan lima Rohingya cedera ketika berusaha mengawal kebakaran dan beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang. – Bernama