Lebih 60 maut diserang militan

KHARTOUM, 27 JULAI – Lebih daripada 60 orang dibunuh dan 60 lagi cedera dalam keganasan di wilayah Dafur, barat Sudan lapor agensi berita Xinhua, memetik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kira-kira 500 militan menyerang perkampungan Masteri di barat Darfur pada tengah hari Sabtu, kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dalam satu kenyataan semalam.

“Ini adalah salah satu yang terbaharu daripada beberapa siri insiden keselamatan yang dilaporkan sejak minggu lalu yang menyebabkan beberapa kampung dan rumah terbakar, pasar dan kedai dirompak, dan infrastruktur rosak,” katanya. – Bernama