Lebih 600,000 kereta Hyundai, Kia ditarik balik di AS

DETROI, 15 OGOS – Hyundai dan Kia menarik balik lebih daripada 600,000 kenderaan di AS kerana kerosakan pada selak pintu bonet boleh menghalangnya daripada dibuka dari dalam.

Penarikan semula merangkumi Kia Forte 2016 hingga 2018 dan kereta kecil Kia Rio 2018 dan 2019.

Termasuk juga Hyundai Sonata tertentu dari 2017 dan 2018, 2016 hingga 2018 Sonata Hybrids, 2018 hingga 2020 Hyundai Accents, dan 2016 dan 2017 kereta Hyundai Azera.

Dokumen yang disiarkan semalam oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Kebangsaan mengatakan bahawa seseorang di dalam bonet boleh terperangkap kerana masalah tersebut.

Penjual akan mengganti selak pintu itu tanpa dikenakan bayaran kepada pemilik. Pemilik Kia akan diberitahu melalui surat mulai 5 Oktober. Pemilik Hyundai akan diberitahu mulai 1 Oktober. – AFP