BRISBANE, Australia, 2 Ogos – Saudara lelaki kepada pelumba kayak, Nathan Baggaley adalah salah seorang daripada dua lelaki yang dituduh membuang lebih dari 600 kilogram (1,300 paun) kokain ke laut semasa dikejar di pantai Australia, kata pegawai hari ini.
Dru Anthony Baggaley, 36, dan Anthony Trevor Draper, 53 semalam tiba di mahkamah Gold Coast yang didakwa memiliki beberapa kuantiti dadah komersial dan terlibat dalam aktiviti pengimportan dadah. Mereka berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Agensi penguatkuasa undang-undang berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa pasangan itu berada di atas sebuah bot yang menuju ke tanah besar Australia apabila mereka ditemui oleh pesawat pengawasan di luar pantai utara negeri New South Wales.
Ketika bot peronda tentera laut menghampiri, mereka cuba melarikan diri dan melemparkan barang-barang ke laut, menurut kenyataan itu.
Pegawai mendapati bungkusan itu mengandungi lebih daripada 600kg dadah dan menahan pasangan itu di tepi pantai Byron Bay, sebuah destinasi pelancongan terkenal.
Dru Baggaley dan Draper dilarang untuk diikat jamin kelmarin dan akan hadir di mahkamah pada 20 Ogos depan. Mereka tidak membuat sebarang rayuan.
Polis berkata siasatan sedang dijalankan dan lebih banyak tangkapan akan dilakukan. – AP