YANGON, 20 JAN – Myanmar berjaya merampas lebih 63 tan bahan mentah kimia sejak beberapa hari kebelakangan, menurut laporan media negara yang merujuk sumber polis dilaporkan hari ini.
Pasukan polis anti narkotik negara itu merampas kimia haram di negeri Shan, wilayah Yangon dan Mandalay pada 14 hingga 16 Januari, menurut laporan.
Dari jumlah tersebut, 12 tan Diklorida Sulfur telah dirampas pada 14 Januari dan 17.85 tan Benzyl Cyanide dan 6.75 tan Caustic Soda disita pada 15 Januari di daerah Taunggyi, negeri Shan.
Semasa operasi, polis merampas 14.95 tan natrium hidroksida dan Anhydrous (NaOH) ada 15 Januari di bandar Loilem di negeri Shan, dan 4.5 tan metilamina dan tiga tan toluena yang turut dirampas di bandar Insein, wilayah Yangon.
Menurut siasatan, bahan mentah kimia itu dibawa dari wilayah Yangon ke negeri Shan di bahagian selatan. Polis juga menahan lebih 10 orang suspek semasa operasi. Siasatan lanjut masih dijalankan, menurut laporan. – Xinhua