Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Lebih 70 pegawai polis cedera

    BERLIN, 16 JAN – Lebih 70 anggota penguatkuasa cedera semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan antilombong arang batu di perkampungan Lutzerath, Jerman barat, lapor Sputnik, memetik polis.

    Baru-baru ini, beribu-ribu aktivis iklim termasuk Greta Thunberg, berkumpul berhampiran Lutzerath untuk membantah pembesaran lombong arang batu tempatan yang menjejaskan perkampungan berkenaan.

    Demonstrasi diteruskan pada Ahad. Polis menggunakan semburan lada dan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, menurut laporan media tempatan.

    “Sejak operasi bermula, lebih 70 anggota polis cedera,” menurut polis bandar Aachen.

    Menurut kenyataan, lebih 300 aktivis diusir dari Lutzerath, 12 penunjuk perasaan ditahan manakala sembilan lagi dibawa ke hospital. Tiada kecederaan serius dilaporkan.

    Beberapa kenderaan polis rosak semasa operasi penguatkuasaan undang-undang yang bermula pada Rabu.

    Sebanyak 154 tindakan undang-undang telah dimulakan sejak polis bertindak tegas ke atas penunjuk perasaan di Lutzerath. – Bernama

    Polis berdepan dengan para penunjuk perasaan semasa protes besar-besaran antilombong arang batu di perkampungan Lutzerath di Jerman, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...