Lebih 70 tamatkan tempoh pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Kumpulan warga Brunei yang diterbangkan pulang melalui penerbangan khas oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dari London dan tiba di negara ini pada 21 Jun lalu akhirnya dapat bertemu keluarga mereka, hari ini, setelah menjalani pengasingan diri selama 14 hari di beberapa buah hotel di negara ini.

Hotel yang menjalankan proses daftar keluar individu yang menyelesaikan tempoh pengasingan diri mereka hari ini termasuklah Hotel Mulia yang menyaksikan seramai 78 orang daripada 117 tetamu pengasingan diri, dengan 68 orang dari United Kingdom, sembilan dari Amerika Syarikat dan seorang dari Jakarta.

Tinjauan media di hotel berkenaan menyaksikan anggota keluarga yang teruja menunggu anak-anak dan ahli keluarga mereka untuk turun dari bilik hotel mereka dan menjalani proses daftar keluar sebelum mereka secara rasmi dibenarkan keluar.

Para pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan hadir bagi memproses prosedur pembebasan mereka dan memberi mereka nasihat kesihatan setelah pengasingan diri, sementara barisan hadapan, sukarelawan dan kakitangan hotel membantu mereka untuk mendaftar keluar dan memuatkan barang-barang mereka ke kereta masing-masing.

Mereka telah diingatkan untuk melanjutkan masa pengasingan diri di rumah namun mereka dibenarkan keluar selagi mereka mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi garis panduan kesihatan.

Sebilangan besar warganegara Brunei yang belajar di luar negara yang pulang ke tanah air mula mengasingkan diri pada hari-hari terakhir Syawal tanpa sebarang keluhan.

Walaupun pada awalnya agak menyedihkan bagi kebanyakan mereka kerana tidak dapat bertemu orang yang disayangi tetapi secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri hingga dengan melakukan aktiviti bermanfaat di bilik mereka.

Selain mematuhi nasihat kesihatan dalam langkah pencegahan penyebaran COVID-19, mereka juga diperlukan menjalani ujian swab COVID-19 di mana selain daripada ketidakselesaan menjalani prosedur tersebut, mereka juga merasa gugup dengan hasilnya walau bagaimanapun merasa lega bagi kesemua mereka apabila keputusannya adalah negatif.

Hari-hari mereka dipenuhi dengan aktiviti untuk membuat mereka bermotivasi dan berpuas hati dengan bagaimana barisan hadapan hotel masing-masing melayan mereka dan selalu memeriksa bagi memastikan mereka sihat dan memenuhi keperluan mereka serta perkhidmatan yang baik yang diberikan oleh kakitangan hotel.

Salah seorang pelajar Brunei yang belajar di luar negara mendaftar keluar dari hotel penginapan setelah selesai menjalani tempoh pengasingan diri selama 14 hari.