Lebih 700 jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar jangkitan COVID-19, di mana setakat 12 tengah hari tadi, jumlah keseluruhan kes kekal 185 orang, sementara satu kes masih aktif dan sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Menurut Kementerian Kesihatan melalui siaran akhbar pengemaskian status terkini jangkitan COVID-19, hari ini, kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (292 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 44 kes.

Sementara itu, sejumlah 703 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 13,316 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, jelas kenyataan itu lagi, sebanyak 248 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 98,872 ujian.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar jangkitan COVID-19, di mana setakat 12 tengah hari kelmarin, jumlah keseluruhan kes kekal 185 orang, sementara satu kes masih aktif. – AFP