Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 700,000 datang ke festival muzik

    RIYADH, 20 DIS – Jumlah pengunjung pecah rekod iaitu melebihi 700,00 orang yang berkerumun ke festival muzik MDLBeast Soundstorm di Arab Saudi, kata pihak berkuasa hari ini, pada hari terakhir acara selama empat hari di kerajaan yang kaya dengan minyak itu.

    Festival muzik elektronik itu diadakan ketika para pemimpin Saudi sedang berusaha untuk mengubah imej konservatifnya dan mempelbagaikan ekonomi, setelah beberapa tahun mengharamkan muzik dan tarian.

    Penghibur dan ahli muzik antarabangsa, termasuk bintang terkenal Perancis, DJ David Guetta membuat persembahan pada acara tersebut walaupun gesaan boikot berhubung rekod hak asasi manusia Arab Saudi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda