Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Lebih 73 juta orang di Filipina alami gigi reput

    MANILA, 24 MEI – Sekurang-kurangnya 73 juta rakyat Filipina mengalami karies gigi, menjadikan penyakit itu sebagai ‘kebimbangan kesihatan yang serius’ di negara itu, kata Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) hari ini.

    “Karies gigi adalah wabak senyap,” Manuel Vallesteros, ketua bahagian di biro pencegahan dan kawalan penyakit DOH, memberitahu pemberita selepas pendengaran jawatankuasa di Dewan Rakyat.

    Vallesteros berkata data DOH itu adalah berdasarkan tinjauan kesihatan kebangsaan 2018, dengan menyata-kan bahawa jumlah itu kini jauh lebih tinggi kerana pandemik COVID-19 telah menyekat akses kepada perkhidmatan pergigian selama lebih dua tahun.

    Beliau menyatakan bahawa lapan daripada 10 orang kanak-kanak Filipina mengalami ‘karies kanak-kanak’ atau ‘gigi susu reput’ kerana mereka diberi susu formula anak
    damit yang manis.

    “Status kesihatan mulut kanak-kanak Filipina membimbangkan,” kata DOH sambil menambah penyakit mulut itu “terus menjadi masalah kesihatan awam yang serius” di Filipina. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -