Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Lebih 8 juta hilang tempat tinggal di Ukraine

    GENEVA, 11 MEI – Lebih lapan juta individu hilang tempat tinggal akibat perang di Ukraine, selepas terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing namun masih kekal dalam negara itu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

    Ini adalah tambahan kepada lebih 5.9 juta rakyat Ukraine yang meninggalkan negara itu sejak Moscow menceroboh pada 24 Februari lalu.

    Angka setakat 3 Mei yang diterbitkan oleh Pertubuhan untuk Migrasi Antarabangsa (IOM) PBB itu, lebih tinggi berbanding anggaran 7.7 juta yang diunjurkan IOM pada 17 April lalu.

    Ketua Pengarah IOM, Antonio Vitorino, berkata keperluan bagi mereka yang hilang tempat tinggal namun masih kekal di Ukraine (IDP) akibat perang di negara itu semakin bertambah setiap jam.

    “Akses terhadap populasi yang memerlukan bantuan masih menjadi cabaran kerana serangan yang kekal aktif, namun pasukan kami komited untuk terus menghantar bantuan segera ke dalam Ukraine dan di negara jiran,” katanya.

    IOM menjalankan kaji selidik terbaharunya antara 29 April hingga 3 Mei lalu. Dianggarkan 63 peratus IDP adalah wanita, selain hampir separuh IDP meninggalkan kediaman di timur Ukraine, yang menjadi lokasi tumpuan serangan Rusia. – AFP

    Penduduk berbaris untuk mendapatkan air di bandar Mariupol pada 10 Mei 2022 di tengah serangan tentera Rusia di Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -