Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 80 cedera dalam pergaduhan

    ALGIERS, 23 Okt – Lebih dari 80 orang, termasuk 30 anggota polis, cedera selepas peminat–peminat menceroboh masuk ke dalam padang dalam perlawanan divisyen satu Algeria pada hujung minggu, menurut sumber rasmi semalam.

    Pergaduhan berlaku pada perlawanan pasukan kelompok teratas Sabtu lalu di antara pasukan CA Bordj Bou Arreridj dan MC Alger (MCA) sekitar 200km ke tenggara Algiers.

    Seorang doktor melaporkan sehingga 50 orang ‘dikejarkan ke hospital’, tetapi tidak seorang pun mengalami kecederaan serius. Tiga kes paling serius melibatkan keretakan.

    Tidak seorang pun anggota polis mengalami kecederaan serius, satu sumber memberitahu AFP, yang juga menafikan laporan bahawa pemain MCA telah ditikam.

    Tidak terdapat pemain antara yang cedera, doktor tersebut mengesahkan.

    Imej–imej menerusi media sosial menunjukkan penyokong memasuki padang pada wisel penamat dan berbalah dengan pemain-pemain MCA, sebahagiannya menaiki penghadang tepi padang dan berlindung di antara peminat kelab mereka di tempat duduk. Imej–imej juga menggambarkan salah seorang pemain MCA dibawa untuk merawat luka di bahagian perutnya.

    “Pemain ini cedera ketika menaiki penghadang besi,” jurucakap polis melaporkan.

    Ketua polis Algeria, Mustapha Labiri menghantar penyiasat ke Bordj Bou Arreridj, liga profesional Algeria menjatuhkan hukuman penggantungan empat perlawanan terhadap penonton bagi pasukan CA Bordj Bpu Arreidj.

    Kedua-dua penjaga gol pasukan terbabit digantung tiga perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda