Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih 80 maut dalam pertempuran sempadan Tajik-Kyrgyz

    BISHKEK, KYRGYZSTAN, 18 SEPT – Kira-kira 81 orang terbunuh dalam pertempuran antara Tajikistan dan Kyrgyzstan minggu ini, dalam keganasan terburuk yang pernah dialami negara itu sejak bertahun-tahun, manakala masyarakat antarabangsa menggesa untuk bertenang.

    Situasi di sempadan yang dipertikaikan antara dua negara berjiran Asia Tengah itu bagaimanapun tenang pada petang ini, menurut pihak berkuasa Kyrgyz.

    Pertempuran kerap meletus antara dua bekas republik Soviet itu, ketika separuh sempadan 970 kilometer mereka masih perlu ditandakan.

    Tajikistan berkata hari ini bahawa 35 rakyatnya terbunuh, angka kematian rasmi pertama sejak pertempuran bersenjata meletus pada Rabu.

    Di laman Facebooknya, kementerian luar Tajik turut melaporkan 25 kecederaan dan berkata orang awam, wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsanya. – AFP

    Sukarelawan mengumpulkan bantuan kemanusiaan bagi orang yang dipindahkan dari bandar Batken di Bishkek pada 17 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...