Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Lebih 80 Rohingya ditahan di Myanmar

YANGON, 6 NOV – Lebih 80 orang pelarian Rohingya yang cuba membuat perjalanan menggunakan bot ke Malaysia telah ditahan di tenggara Myanmar selepas mereka ditinggalkan oleh penyeludup, kata sumber keselamatan yang memberitahu AFP kelmarin.

Puak Rohingya di negeri Rakhine di barat Myanmar dianggap sebagai imigran haram di negara itu dan sudah lama berdepan diskriminasi, dihalang daripada mendapatkan kewarganegaraan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Kumpulan itu, yang termasuk wanita dan kanak-kanak, telah ditahan oleh pihak berkuasa pada Jumaat berhampiran bandar Thanbyuzayat di negeri Mon, menurut sumber keselamatan yang tidak ingin didedahkan, memberitahu AFP.

“Mereka bersembunyi berhampiran ladang getah selepas mereka naiki bot dari negeri Rakhine,” menurut sumber, dan menambah bahawa penyeludup berjanji untuk membawa mereka ke Malaysia.

Siasatan masih dijalankan dan ia masih belum jelas sama ada kumpulan itu akan berdepan tuduhan jenayah kerana meninggalkan negeri Rakhine.

Gambar fail menunjukkan pelarian Rohingya ditahan oleh pegawai semasa berada di pelabuhan Krueng Geukueh, Aceh, Indonesia pada 31 Disember 2021. Lebih 80 orang pelarian Rohingya yang cuba membuat perjalanan menggunakan bot ke Malaysia telah ditahan di tenggara Myanmar. – Xinhua

Puak Rohingya yang didapati bersalah melanggar undang-undang imigresen boleh berdepan hukuman penjara dua tahun di Myanmar.

Jabatan antipenyeludupan orang di Yangon dan Naypyidaw enggan memberikan ulasan mengenai kes tersebut.

Mereka juga melaporkan bahawa kapal tentera laut Myanmar menemui 120 orang Rohingya dalam sebuah bot berhampiran bandar Mudon di negeri Mon.

Tindakan keras tentera pada 2017 memaksa kira-kira 750,000 orang Rohingya untuk meninggalkan Rakhine ke Bangladesh berikutan jumlah pembunuhan yang meningkat.

Berikutan pembunuhan beramai-ramai itu, Myanmar berdepan tuduhan penghapusan kaum oleh mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Negara itu dilanda kekacauan sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu dan lebih 2,400 awam terbunuh, menurut kumpulan pemerhati tempatan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -