Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lebih 80 sertai webinar kesihatan mental

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – FERA Health and Nursing Care, baru-baru ini, telah menganjurkan Webinar Time to Talk yang memberi tumpuan kepada kesedaran kesihatan mental dan disertai oleh lebih 80 peserta dari sektor awam dan swasta.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur, webinar bertujuan untuk menggalakkan semua orang mengambil bahagian dalam perbincangan, sama ada sebagai pendengar atau yang berkongsi, untuk membincangkan kesihatan mental bersama Pengasas FERA Health and Nursing Care Sdn Bhd, Dayang Lailatul Zubaidah sebagai moderator.

    Menyertai beliau sebagai ahli panel ialah Joshua Hung, Shaun dari Curious Mind_bn, Dayang Nora dari Clarity Brunei dan Dayang Nadzirah dari Pusat Promosi Kesihatan (HPC).

    Hari Time to Talk 2022 adalah hari untuk meluahkan perasaan kepada rakan, keluarga dan rakan sekerja tentang kesejahteraan mental kita.

    Acara dimulakan dengan ucapan perasmian daripada moderator yang menekankan kepentingan kesedaran kesihatan mental terhadap remaja.

    Sesi itu kemudiannya diikuti dengan pembentangan ringkas oleh Dayang Nadzirah mengenai kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan untuk membantu remaja yang menghadapi cabaran kesihatan mental.

    Dayang Lailatul Zubaidah membincangkan kesihatan mental semasa Webinar Time to Talk anjuran FERA health and Nursing Care baru-baru ini. – Gambar serahan Damai Mediation
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...