Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Lebih 800 diselamatkan daripada banjir

    ATHENS, GREECE, 7 SEPT — Lebih 800 orang telah diselamatkan sejak dua hari lalu daripada banjir di Greece, kata jabatan bomba hari ini, selepas ribut dan hujan lebat menenggelamkan jalan-jalan raya membawa arus deras, menghanyutkan kereta ke laut dan memusnahkan jalan raya.

    Ribut hujan juga melanda negara-negara jiran, Bulgaria dan Turkiye, menyebabkan 14 kematian di tiga negara, termasuk tiga orang di Greece.

    Jurucakap bomba setempat, Vasilis Vathrakogiannis berkata para pakar penyelamat dan penyelam daripada unit tindak balas bencana jabatan itu, serta tentera, turut mengambil bahagian dalam usaha menyelamat dan cuba sampai ke kawasan terpencil walaupun jalan raya telah dihanyutkan.

    Banjir itu berlaku berikutan kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan hutan dan ladang pertanian yang luas, membakar rumah dan menyebabkan lebih 20 orang terkorban.

    Banjir yang berlaku hari ini tertumpu di bandar tengah Karditsa, di mana orang ramai dilaporkan berlindung di atas bumbung rumah mereka akbiat paras air yang meningkat.

    Lebih banyak hujan diramalkan berlaku pada sebelah petang. – AP

    Para penduduk tempatan yang dipindahkan dengan bantuan jentolak di kampung Palamas, berhampiran Karditsa, wilayah Thessaly, tengah Greece. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...