Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih 800 maut banjir di Pakistan

    ISLAMABAD, 23 OGOS – Sekurang-kurangnya 820 orang maut manakala 1,315 lagi cedera dalam kejadian berasingan akibat hujan lebat yang melanda seluruh Pakistan sejak 14 Jun, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) kelmarin.

    Mangsa yang maut termasuk 304 kanak-kanak dan 178 wanita, kebanyakannya tinggal di kawasan terjejas teruk, lapor Xinhua.

    Pihak berkuasa memaklumkan wilayah barat daya Balochistan kekal sebagai kawasan terjejas teruk dengan 225 orang terkorban manakala 95 yang lain cedera.

    Jalan raya sepanjang 2,886.9 kilometer (km), 129 jambatan dan 50 kedai musnah dihanyutkan banjir kilat.

    Sementara itu, 504,321 ternakan dilaporkan mati di seluruh negara.

    NDMA, organisasi kerajaan, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan sedang melaksanakan misi bantuan di kawasan yang dilanda banjir.

    Menurut jabatan meteorologi Pakistan, hujan lebat berkemungkinan berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi. – Bernama

    Penduduk kampung mencari barangan mereka selepas pondok mereka musnah dalam banjir di daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...