VIENTIANE, 3 JAN – Sejumlah 831 orang mati dan 8,388 cedera dalam kemalangan jalan raya di Laos pada 2021, menurut satu laporan terkini Jabatan Lalu Lintas Polis di Kementerian Keselamatan Awam Laos.
Terdapat 5,576 kemalangan berlaku dalam 2021, berkurangan 1,198 kes berbanding 2020. Meskipun ia menyaksikan pengurangan jumlah kemalangan jalan raya berbanding 2020, jumlah kecederaan dan kematian kekal tinggi, menurut laporan itu.
Sekitar 5,576 kemalangan berlaku di seluruh Laos, dengan 9,910 kenderaan rosak. Majoriti kemalangan akibat mabuk atau kecuaian memandu.
Kos kerosakan dianggarkan 92 bilion kip Laos (lebih AS$8 juta), menurut laporan itu. – Xinhua