Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lebih 800 persatuan, badan sukan dibatalkan pendaftaran

    PUTRAJAYA, 25 SEPT – Sebanyak 828 persatuan dan badan sukan dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) setakat lapan bulan pertama tahun ini kerana didapati tidak aktif.

    Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Hatta Mohd Yasin berkata sejak 2014, daripada 12,263 badan sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, lebih 3,000 persatuan dan badan sukan dari pelbagai peringkat sudah dibatalkan pendaftarannya. 

    “Statistik menunjukkan kira-kira dalam 800 (dibatalkan), disebabkan (antaranya) tadbir urus tidak menghantar laporan dalam tempoh masa lama, lebih dari tiga tahun. 

    “Apabila dibatalkan, kesannya ialah persatuan terlibat tidak lagi boleh menghantar atlet mereka untuk bertanding dan bila telah dibatalkan, dari segi kewangan pun dibekukan juga,” katanya kepada media selepas Program Antirasuah Pengurusan Bantuan Dana Kerajaan Kepada Badan Sukan 2022 (Bantuan Pengurusan dan Program), di sini hari ini. 

    Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor.   Hatta berkata sebelum pembatalan dibuat, pihak PJS terlebih dahulu menghantar surat peringatan kepada badan dan persatuan terlibat untuk menghantar laporan dan dokumen diminta. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...