Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Lebih 8,000 jemaah Thailand tunai haji tahun ini

NARATHIWAT, 24 Julai – Seramai 8,833 umat Islam dari Thailand bakal menunaikan ibadah haji tahun ini dengan penerbangan pertama membawa jemaah ke Madinah dari wilayah Narathiwat, selatan Thailand itu bermula hari ini.

Hari ini, dua penerbangan Thai Airways akan berlepas ke Madinah dengan membawa 586 jemaah dari Narathiwat ke Madinah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Suthi Makhboon, Gabenor Narathiwat Sittichai Sakda, wakil daripada pejabat Sheikhul Islam serta majlis-majlis agama tempatan hadir di Lapangan Terbang Narathiwat untuk mengucapkan selamat pergi kepada jemaah Haji.

Menurut Suthi, syarikat penerbangan nasional, Thai Airways menyediakan 31 penerbangan sewaan khas daripada Lapangan Terbang Narathiwat, Krabi, Hatyai dan Suvarnabhumi di Bangkok untuk mengangkut jemaah Haji Thailand ke Tanah Suci.

Sebanyak 16 daripada penerbangan itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Hatyai, dua dari Krabi, empat dari Narathiwat dan empat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -