Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lebih 8,000 saman dikeluarkan dalam ops Hari Raya di M’sia

    GENTING HIGHLANDS, 6 MEI – Sebanyak 8,036 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 di seluruh negara sehingga semalam.

    Kesemua saman berkenaan dikeluarkan selepas JPJ memeriksa 44,737 kenderaan sejak operasi itu bermula pada 29 April lepas.

    Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Datuk Lokman Jamaan berkata ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi pemandu yang mengingkari peraturan jalan raya dikeluarkan walaupun pihaknya sebelum ini telah menasihati pemandu agar mematuhi peraturan itu.

    “Kami berharap untuk tempoh dua hingga tiga hari sebelum habis tempoh operasi HRA pada 8 Mei ini, kesalahan jalan raya dapat dikurangkan dan pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan khas di Terminal Bas Genting Highlands, Pahang, di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Lokman Jamaan ketika sidang media selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri 2022 (OP HRA 2022) di Terminal Bus Awana semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...