Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lebih 80,000 pengunjung hadir jelajah AKM Sarawak

    KUCHING, 7 OGOS – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sarawak yang berakhir hari ini menarik kehadiran lebih 80,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Katanya ini menunjukkan sambutan baik daripada Keluarga Malaysia warga Sarawak kepada program di Dataran Perayaan Petra Jaya itu, yang mencerminkan bahawa apa yang dihasratkan kerajaan iaitu semangat kebersamaan dan keterangkuman, jelas dihayati oleh penduduk negeri.

    “Jelajah AKM Sarawak dapat sambutan begitu baik sekali dalam semua aspek sama ada dari segi jualan murah, pameran termasuk juga kenduri rakyat,” katanya ketika ditemui di majlis Perasmian Penutupan Jelajah AKM Sarawak di sini, hari ini.

    Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan ia turut dihadiri oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta beberapa menteri kabinet persekutuan dan negeri.

    Jelajah AKM ini berkonsepkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dengan menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa Keluarga Malaysia itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama dan bangsa.

    Sepanjang tiga hari jelajah AKM Sarawak yang bermula Jumaat lepas, pelbagai acara dan aktiviti disediakan dengan penglibatan 28 agensi perkhidmatan awam yang menyediakan pelbagai bentun bantuan dan perkhidmatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...