Lebih 800,000 individu disampel

PUTRAJAYA, 16 JULAI – Seramai 868,394 individu telah disampel untuk COVID-19 di Malaysia setakat hari ini, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan ujian di Malaysia adalah setanding dengan negara Korea Selatan iaitu 26.29 ujian bagi setiap 1,000 populasi.

Beliau berkata, negara jiran seperti Singapura pula mencatatkan 79.83 ujian bagi setiap 1,000 populasi; Vietnam (2.7 ujian) sementara Australia (114.15 ujian); New Zealand (87.54 ujian) dan Jepun (4.1 ujian). – Bernama