Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Sebanyak 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

    Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,448 (98.8 peratus) sekurang-kuranya menerima satu dos vaksin.

    Sebanyak 12,380 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015) dan dos penggalak (518), menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325,128. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...