Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Lebih 90 alumni SM SMJA rai Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Lebih 90 orang ahli alumni Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) Aliran Inggeris 1975 – 1978 telah merayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diteruskan Doa Kesyukuran bagi meraikan ahli warga emas yang mencapai usia 60 pada tahun 2021/2022, di Rasa Ceria Cafe, Telanai Avenue, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Tuan Yang Terutama Haji Haris bin Othman.

    Seramai 40 orang ahli warga emas yang merupakan lepasan pelajar diraikan termasuk TYT Haji Haris, lepasan sekolah-sekolah rendah atau Sekolah Persediaan Inggeris (BPS) Daerah Brunei dan Muara, iaitu BPS Kilanas, BPS Sengkurong, BPS Pengkalan Batu, BPS SOAS dan BPS Bangar dari Daerah Temburong.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi majlis diikuti oleh Pengerusi Alumni SM SMJA 75’, Haji Abdurahman bin Haji Nasir dan seterusnya tetamu kehormat.

    Tujuan utama majlis tersebut adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama di samping mengeratkan dan meningkatkan hubungan yang sedia ada serta mensyukuri nikmat pemberian kesihatan daripada Allah SWT kerana dipertemukan lagi pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

    Majlis juga diisikan dengan penyampaian sumbangan cenderahati bagi warga emas yang diraikan dan diikuti dengan sumbangan Tabung Amal Kebajikan Alumni SM SMJA 75’ di mana empat orang ahli akan menunaikan ibadah haji.

    Majlis turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

    Warga alumni Pengambilan Pertama SM SMJA bergambar ramai pada majlis sambutan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -