Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 900 keluarga dipindahkan

    HANOI, 15 Jan – Lebih 900 keluarga di kawasan berhampiran gunung berapi Mayon, di wilayah tengah Albay, Filipina dipindahkan, berikutan aktiviti luar biasa gunung berapi berkenaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, Romina Marasigan berkata, seramai 919 isi rumah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan apabila gunung berapi itu mengeluarkan abu.

    Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Philvolcs), gunung berapi itu mula mengeluarkan abu pada Sabtu lepas, dengan dua letusan berlaku pada pagi semalam, memuntahkan abu kira-kira setinggi 2,500 meter.

    Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20 kilometer, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.

    Letusan paling banyak menyebabkan kemusnahan ialah pada 1814, yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa dan tiga buah bandar ditenggelami oleh lumpur dan batu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda