Lebih 9,000 insiden anti Asia dilaporkan di AS

WASHINGTON, 13 OGOS – Lebih 9,000 insiden kebencian yang menyasarkan penduduk Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI) dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dalam 15 bulanpertamapandemik, lapor Sputnik, memetik Stop AAPI Hate.

Stop AAPI Hate adalah pertubuhan bukan keuntungan yang memantau mengenai jenayah kebencian yang bermotifkan perkauman terhadap orang Asia Amerika dan penduduk Pasifik di AS.

Ia ditubuh kan pada Mac 2020 susulan peningkatan xeno fobia dan perkauman akibat pandemik COVID-19.

“Jumlah insiden kebencian yang dilaporkan di Pusat Laporan Stop AAPI Hate kami meningkat daripada 6,603 kepada 9,081 pada April hingga Jun 2021.

Sebanyak 4,548 jenayah kebencian berlakupada 2020 dan 4,533 lagi berlaku pada 2021,” menurut pertubuhan itu dalam satu laporan pada Khamis.

Gangguan verbal menyumbang 63.7 peratus daripada keseluruhan insiden, dengan kes pemulauan dan serangan fizikal masing-masing sebanyak 16.5 peratusdan 13.7 peratus.

Gangguan dalam talian dan pelanggaran hak awam, termasuk diskriminasi di tempat kerja, penolakan perkhidmatan atau pengangkutan, turut dilaporkan.

Sebilangan besar insiden kebencian berlaku di tempat awam dan menyasarkan wanita.

Menurut laporan itu, separuh daripada kes itu melibatkan pengaruh anti-Cinaatau anti imigran. – Bernama