Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Lebih $90,000 wang zakat diserahkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Sejumlah $90,401.85 wang zakat daripada Takaful Brunei Keluarga (TBK) dan Stesen Minyak Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) telah diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada majlis yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Kedua-dua wang zakat tersebut diserahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku yang di-pertua MUIB.

    Pada majlis itu, TBK menyerahkan wang zakat daripada simpanan peserta TBK berjumlah $24,777.64 bagi 33 orang pesertanya, yang diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei Darussalam, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya.

    Manakala itu, Stesen Minyak KOTIBA telah menyerahkan sebanyak $65,624.21, yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga KOTIBA, Haji Omar bin Haji Mohd Tahir.

    Wang zakat yang diterima berkenaan akan diagihkan kepada asnaf zakat yang berhak di Negara Brunei Darussalam, yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf, al-gharimin, amil dan ibnu sabil.

    MUIB adalah sebuah pertubuhan yang tertinggi di negara ini yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan dan agihan wang zakat, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerima wang zakat yang disampaikan oleh Haji Shahrildin.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerima wang zakat Stesen Minyak KOTIBA yang diserahkan oleh Haji Omar.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...