Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Lebih 955,000 tan kacang dan kekacang dieksport

    YANGON, 3 NOV – Myanmar memperoleh lebih 800 juta dolar AS daripada eksport 955,904 tan kacang dan kekacang dalam hampir tujuh bulan tahun fiskal 2023/2024, menurut Kementerian Perdagangan hari ini.

    Dari 1 April hingga 27 Oktober tahun ini, Myanmar telah menghantar lebih 821,497 tan kacang dan kekacang melalui laluan laut, manakala ia telah mengeksport lebih 134,406 tan melalui sempadan darat, menurut statistik kementerian tersebut.

    Eksport kacang hitam mendahului senarai eksport kacang dan kekacang lain dengan nilai paling tinggi, memperoleh lebih 403 juta dolar, diikuti oleh kacang hijau dan kacang dal dengan nilai masing-masing lebih 170 juta dolar dan lebih 98 juta dolar dalam tempoh tersebut, menurut statistiknya.

    Menurut Kementerian Perdagangan, kacang dan kekacang merupakan tanaman kedua paling banyak ditanam di Myanmar selepas beras dan menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah pengeluaran pertanian negara Asia Tenggara itu.

    Myanmar mengeksport kacang dan kekacang ke China, India dan negara-negara Eropah. – Xinhua

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...