Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lebih AS$9 bilion dikumpul untuk Pakistan

    GENEVA, 10 JAN – Pakistan menerima lebih AS$9 bilion baru-baru ini untuk membantu negara itu pulih daripada bencana banjir tahun lalu.

    Pakistan masih lagi terkesan dengan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menenggelamkan kawasan besar dan membunuh lebih daripada 1,700 orang, manakala lebih 33 juta yang lain menerima impaknya.

    “Kami mungkin merupakan negara pertama yang menyaksikan satu pertiga kawasan daratnya ditenggelami air,” kata Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari kepada AFP pada penghujung persidangan antarabangsa di Geneva yang mencari sokongan untuk pemulihan banjir negara itu.

    “Malangnya, kami tidak akan menjadi yang terakhir.”

    Beliau menyuarakan harapan bahawa kejayaan yang memberangsangkan dalam persidangan itu, yang telah menghimpunkan jaminan lebih daripada apa yang telah diharapkan, mampu dijadikan sebagai satu contoh bagi negara-negara yang sedang menghadapi masalah pada masa depan.

    Pakistan, dengan populasi kelima terbesar di dunia, menghasilkan kurang daripada satu peratus pelepasan gas rumah hijau global namun ia merupakan salah satu daripada negara yang paling terdedah dengan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh pemanasan global. – AFP

    Penduduk tempatan berebut untuk membeli tepung gandum di Hyderabad, wilayah Sindh, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...