SAN JOSE, 8 Mei – Dalam tempoh 13 minggu pertama 2017, Kementerian Kesihatan Costa Rica melaporkan sejumlah 142 kes disahkan Zika manakala 686 kes masih menanti pengesahan.
Menurut laporan mingguan Jabatan Kawalan Nyamuk dan Institut Penyelidikan dan Latihan Pemakanan dan Kesihatan Costa Rica, seramai 25 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika manakala tiga kes dilaporkan kandungan mengalami kecacatan kongenital.
Sepanjang 2016 terdapat 1,614 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu seramai 6835 kemungkinan dijangkiti virus Zika , dua kes disahkan mengalami kecacatan dan kerosakan saraf dikaitkan dengan penyakit itu.
Selain itu, bagi kes Chikungunya pula daripada 1,517 kes dilaporkan untuk tempoh 13 minggu pertama pada 2016 sejumlah 122 disahkan positif dan sepanjang tahun berkenaan 3,361 orang dijangkiti penyakit itu.
Laporan turut menunjukkan terdapat hanya 940 kes disahkan denggi berbanding 6,396 kes untuk tempoh sama manakala sebanyak 22,209 keseluruhan kes jangkitan denggi. – NNN