Lebih banyak mayat ditemui

HPAKANT, MYANMAR, 3 JULAI – Penyelamat hari ini mengeluarkan beberapa lagi mayat dari tapak tanah runtuh malang yang meragut lebih 160 nyawa pelombong jed di utara Myanmar, kebanyakannya pekerja migran yang berusaha mencari pendapatan di lombong terbuka yang berbahaya berhampiran sempadan China.

Malapetaka – terburuk dalam sejarah perlombongan jed Myanmar – berlaku pada Khamis apabila sebuah bukit runtuh akibat hujan monsun lebat.

Lumpur tebal melitupi pekerja yang mencari batu berharga itu – detik cemas yang sempat dirakamkan dalam kamera telefon.

Seorang wanita meratapi mayat anak lelakinya yang disusun bersama mayat-mayat yang dikeluarkan dari lumpur, bajunya tanggal kerana kekuatan tanah runtuh.

“Misi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini dan kami kini menemui beberapa mayat, menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini 166 orang,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Myanmar dalam satu hantaran Facebook. – AFP

Sukarelawan mengebumikan mayat-mayat pelombong dalam kubur besar-besaran semasa majlis pengebumian berhampiran Hpakant, di negeri Kachin, 3 Julai. Seramai 160 maut dalam kejadian tanah runtuh di lombong jed berhampiran sempadan China itu. – AFP