Lebih ramai pegawai bomba dilatih kendali haiwan berbisa
Oleh Wan Zuratikah Wan Zulkifkli MARANG – “Bila jurulatih buka guni berisi ular, saya terus melompat ke atas kerusi. Apa lagi rakan yang lain hampir pecah perut ketawa. “Saya memang takut dan geli dengan ular tetapi berbekalkan semangat untuk belajar mengendalikan haiwan, saya ketepikan semua perasaan itu,” demikian kata Abdul Hafiz Abdul Wahab, anggota

































