VIENNA, 24 Jan – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Austria, Wolfgang Sobotka berkata kelmarin bahawa kemungkinan terdapat penglibatan suspek lagi dalam serangan keganasan yang gagal di ibu negara Vienna, Austria Press Agency melaporkan.
Bercakap kepada media di Innsbruck, beliau berkata masih terdapat ‘beberapa’ orang yang mungkin terlibat dalam kedua-duanya iaitu Austria dan Jerman, pada setiap suspek yang telah ditahan.
Bagaimanapun, beliau berkata sebagai ‘analisis komunikasi’ bukan muktamad, petunjuk tidak lagi mampu untuk diikuti.
Tetapi menteri mengesahkan bahawa “ia adalah jelas bahawa terdapat latar belakang Salafi” dengan kes itu. – Xinhua